20 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H.....

salam Ramadhan tuk semua umat islam di mane jer berada.....semoga amalan kita diberkati & diterima oleh-Nya...amin.
ingin mengambil kesempatan tuk memohon maaf zahir pada keluarga,sahabt-handai &yg mengenali mahupun x mengenali diri ini......

17 Ogos 2009

AKHIRNYA...SEMOGA BAHAGIA SEPERTI YG DIIMPIKAN!



(Mulut terkunci rapi,lidah kelu x berkata....dalam hati berbisik,"inilah adat kehidupan..yang hitam x semestinye kotor,yang putih x semestinye bersih & suci....ni hanya pendapat peribadiku....semoga bahagia seperti yang diimpikan.)

16 Ogos 2009

IMAN.....KEKUATAN JIWA.

setiap hari menjenguk kalendar,menghitung hari...tak sabar tuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang mulia......ptg tadi aku asyik membaca novel dan aku tertarik dengan kata2 dari Al-Imam Al-Ghazali...inilah antara kebaikan yang kita dapat melalui pembacaan dan ingin aku kongsikan bersama anda semua........

"ketika aku memohon kekuatan,ALLAH memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat.
ketika aku mohon kebijaksanaan,ALLAH memberikan aku masalah untuk aku pecahkan.
ketika aku mohon kesejahteraan,ALLAH memberikan aku akal untuk berfikir.
ketika aku mohon keberaniaan,ALLAH memberikan aku bahaya untuk aku atasi.
ketika aku memerlukan cinta,ALLAH memberikanku orang bermasalah untuk aku tolong.
ketika aku mohon bantuan,ALLAH memberikan aku kesempatan.
ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,tapi aku menerima apa yang aku perlukan".........ALHAMDULILLAH.


(kredit to novel Mahligai Cinta/Sri Diah)

13 Ogos 2009

JANGAN MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA....

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA~FADILAH KAMSAH
Jika kamu memancing ikan.....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
karena ia akan sakit,oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
begitu juga...........
setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang......
setelah ia mula meyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.....
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu.....
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu...........
jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh.....cukuplah sekadar keperluanmu.....
apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang......
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....
begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya.....janganlah kamu terlalu mengagumi
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa
apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannnya
sedangkan jika kamu memaafkannya....
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi....
yang kamu pasti baik untuk dirimu
mengenyangkan...berkhasiat...
mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain....
terlalu ingin mengejar kelezatan.....
kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya....
kamu akan menyesal
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
menyayangimu.....mengasihimu.....
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain
terlalu mengejar kesempurnaan
kelak,kamu akan kehilangannya....
apabila dia menjadi milik orang lain
kamu juga yang akan menyesal.......
*bersyukur dan hargailah apa yang ada & dianugerahkan kepada kita.......
*kredit to cekgueila.blogspot.
**renung2kanlah wahai insan2 sekalian......

02 Ogos 2009

PENAT TAPI PUAS HATI.......

11.45pm(30/07/09).....aku selamat kembali ke tanah semenanjung setelah 10dys bercuti di kmpg halaman...nun di tanah Borneo...(cehh..ayt x leh tahan....hehehe..)penat msih terasa..mklum le sepanjang tmpoh bercuti,jdual harian memang padat dngan aktvti ziarah saudara-mara,blik ke kmpg mendiang nenek & bertemu janji dgn sahabat lama......kesempatan blik kali ni,aku puaskan nafsu mkn dgn mjamu selera...sudah pasti makanan& masakan sarawak asli yg kuidamkn...antara menu wajib ialah laksa srwak,kolok mee,nasi bungkus(kalo kat sini panggil ns himpit tapi kat sana dibungkus ngn daun pisang)sago@ ambuyat,terung asam,kelupis@dadi(sejenis kuih ala2 pulut panggang),rojak limbang dan pelbagai jenis kerepek.....fuhh,aku rasa sangat puas hati...alhamdulilah...(gambar akan disertakan kemudian ye...)
31/07/09,aku dah start keje....siap bw ole2 tuk rakan2...antaranye kerepek cincin,gula2 lada(srawak kan terkenal ngan tanaman lada hitam),buah salak & kek lapis srawak......tuk jiran2 dan keluarga angkat lak,aku hadiahkan kek lapis srawak,kerepek cincin,kerepek beras & ikan tahai.....rasa sngat seronok dpat berkongsi merasa n menikmati makanan kmpung halaman ku bersama rakan2,jiran2 & keluarga angkatku........

p/s: wat teman yg aku pasti dia akn membaca coretan ini,ole2 tuk mu akan dititipkan sedikit lambat k...harap mklum....hehehe.....