29 Mac 2012

khamis 29/03/2012


kadang2 kita berdoa tuk kuat..
tapi, bnyk pula dugaan yg datang..
kadang2 kita minta tuk cerdik...
tapi, msalah pula yg brtandang...
kadang2kita minta kebahagiaan...
tetapi, huru-hara lak terjadi....

dugaan menjadikan mental kita kuat, msalah mnjadikan kita berfikir,
huru-hara mnjadikan kita tabah....

so,positif la trhadap sgala yg mndekati kita.....

26 Mac 2012

sabar.....

beberapa bulan yg lalu,aku pernah rasa 'down' ,sedih,putus asa n hmpir hilang pertimbangan dek kerna hasad dengki,khianat n mulut manusia yg x berprikmanusiaan....namun aku brsyukur,ketika itu...rakan2,keluarga n kenalan rapat sntiasa d sisi meberi semangat n nsihat agar aku tetap tabah,sabar n redha dgn apa yg berlaku......hari ini,aku sedar n faham makna "sabar" setelah insan itu mghulur tangan n memohon maaf atas apa yg berlaku suatu ketika dulu...dan aku mula percaya akan 'hukum dunia' d akhir zaman ini...."setiap perbuatan baik@jahat,yg kita lakukan d muka bumi ini akan dbayar 'cash' Oleh-Nya......"
dan aku juga percaya bahawa....."jika kita x bersalah,suatu masa nanti kebenaran itu akan terbukti jua kerna doa org yg teraniaya itu makbul"

yakin pada kasih sayang Allah pada kita n percaya hanya 50% pada insan2 d sekeliling kita.....

18 Mac 2012

santai.....

santai cikit...sambil layan teka-teki ni....hihihihi

#kuih ape yang kulitnye di dlm,isinye d luar?
kuih salah bikin

#binatang ape 'power karate'?
kuda belang(cube kire brape black belt dia ade...)

#saye ade 3 kepala,4 tgn n 5 kaki...siapakah saya?
pembohong

#apa dia,'jauh d mata,dekat d hati?'
usus

#ape perbezaan kain jemuran ngan telefon?
dua2 kalo dah 'kringggg' boleh diangkat..

#kenape pokok kelape kat depan rmh harus ditebang?
mesti ler kene tebang,sape nk cabut pokok kelape....GILE APE!

#gajah terbang dgn ape?
dengan susah payah....

17 Mac 2012

pintu sudah ditutup rapat....

bila keluarga,saudara-mara n rakan2 slalu tnya berkenaan pasangan hidup...aku hnya mampu sedekahkn senyuman@ mnjawab 'jodoh lum sampai'...hihihihi
hakikatnya.....hatiku sudah ditutup rapat!

12 Mac 2012

Aaron Aziz & antara 12 perkara menariknye!

Pasti ramai yang tak sabar-sabar untuk mengetahui 12 perkara menarik di sebalik jejaka kelahiran Singapura ini. Apa tunggu lagi, berikut merupakan 12 perkara yang anda perlu tahu tentang Aaron Aziz.


1.seorang yang takut bila berada di atas pentas.

2. Sebelum makan, Aaron akan suapkan dulu kucing peliharaannya dengan sudu.

3. Suka tengok binatang sehingga dipanggil Animal Planet oleh rakan-rakannya.

4. Pelakon Ombak Rindu ini mengakui seorang yang sangat pemalu dan berat mulut.

5. Orang selalu ingat Aaron seorang yang moden kerana berasal dari Singapura, namun sebenarnya beliau seorang yang konservatif. Aaron mengakui dia ‘old fashion’ dan masih mengikut adat.

6. Tidak gemar makan sayur bunga seperti brokoli dan kobis. Beliau mengakui hanya makan sayuran hijau sahaja.

7. Aaron gemar muzik yang universal dan tidak hanya pada satu genre sahaja.

8. Pelakon Nora Elena ini benci membeli-belah. Semua kelengkapan Aaron akan dibeli oleh isterinya, Diana.

9. Seorang yang protektif. Pantang jika ada orang marah anaknya walaupun isterinya sendiri. Jika berlaku, Aaron akan memarahi balik isterinya. Difahamkan, hanya Aaron seorang sahaja yang boleh marah anak-anaknya.

10. Pelakon KL Gangster ini susah nak mempercayai orang lain.

11. Ketika di Singapura, Aaron selalu bertukar-tukar kerja. Aaron pernah menjadi aircond technician, bowling specialist, agen insurans, agen rumah, penjual kereta dan pelayan restoran.

12. Tidak suka makan sushi.

sumber: gua.com.my

10 Mac 2012

tidur itu nikmat.....



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.



WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.



BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

(info dikongsi dr;cikepal06.blogspot.com...tq!)

happy birthday,mama....

lidah kelu tuk berkata2...

08 Mac 2012

hari wanita.....

aku wanita biasa.....sering mengimpikan sesuatu yang indah dalam hidup n mengaharapkan bekalan manis untuk ke akhirat abadi...amin!
jadilah wanita yang tabah,mulia budi pekerti,manis tutur bicara n indah di pandangan sentiasa.....sempena hari wanita,08/12/12....bersamalah mohon dari-Nya,yg terbaik tuk kehidupan kita...amin!SELAMAT HARI WANITA......