22 Februari 2010

DIET....& SIHAT......

sayuran segar sumber vitamin & mineral....
buahan....
PANDUAN MAKAN SECARA SIHAT YANG MUDAH UNTUK ANDA IKUTI;

1)MAKAN SECARA TERATUR
Melangkaui masa makan boleh membawa kepada rasa lapar yang tidak terkawal,selalunya menyebabkan kita makan berlebihan.Amalan yang baik ialah mengambil sarapan,makan tengahari & malam.

2)MINUM 6-8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Elakkan minum minuman manis yang banyak kerana ia boleh menyumbangkepada kalori berlebihan yang mudah menyebabkan kegemukan.

3)HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERLEMAK,BERSANTAN & BERGORENG
Makanan berlemak,bersantan & bergoreng adalah tinggi kandungan kalori.Terlalu banyak & kerap mengambil makanan ini boleh menyebabkan kegemukan terutama bagi anda yang kurang aktif.Ubahlah tabiat makan dengan mengambil makanan yang dikukus,direbus,dibakar@dipanggang.

4)AMALKAN PENGAMBILAN BUAH &SAYUR SETIAP HARI
Ia penting dalam diet harian kerana ia sumber utama vitamin,mineral,serat & lain2 bahan yang penting untuk kesihatan.Ambillah sekurang2nya 5 sajian buah & sayur setiap hari kerana boleh melindungi daripada penyakit kronik.

5)SNEK YANG SIHAT
Kebanyakan kita tak meyedari,pengambilan kalori yang berlebihan boleh disebabkan oleh makanan yang tidak mengenyangkan seperti keropok,kerepek,kacang masin,gula2 & biskut lemak@berkrim.Pilihlah snek yang sihat & rendah kalori seperti buahan,sandwich,jagung rebus,kacang rebus@panggang & yougurt rendah lemak & gula.


INGAT, PERUBAHAN DALAM DIET ANDA TIDAK PERLU TERLALU DRASTIK SEHINGGA ANDA MERASA TERTEKAN UNTUK MELAKUKANNYA...SESUNGGUHNYA PERUBAHAN YANG KECIL & BERKESAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MATLAMAT YANG BESAR TETAPI TIDAK MAMPU DICAPAI!

[kredit to;syahina.blogspot & bahagian pemakanan,jabatan kesihatan awam kementerian kesihatan malaysia]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih!