"HIDUP TAK SELALUNYA INDAH TAPI YANG INDAH ITU TETAP HIDUP DALAM KENANGAN"
14 Disember 2012
aku kecewa NAMUN masih setia....
semalam mnonton plawanan "harimau malaya" vs thailand....agak kecewa bila team malaysia xdpt g final n kalah 2-0...confirm taun ni malaysia xpat kekalkn piala kemenangan,namun aku positifkn diri...kemenangan sebenar bukan hnya nmpak pada yg tersurat tapi lebih kepada yang tersirat.wlupun diakui corak prmainan skuad malaysia agak kurang brsemangat,kurang serasi n x fokus,namun aku tau semangat dorang kental mghadapi cabaran n dugaan yg disajikan lawan sebelum n smasa prlawanan...pndapat peribadi aku,percaturan n strategi yg diaturkan oleh coach kali ini sekali lg gagal...dan,sungguh kecewa bila pngadil perlwanan yg sjak mula prlawanan dh mnunjukkan ketidakadilannya....geram kot aku tengok mamat korea ni jd pengadil!huhhhhhh....wluapa pun,sgalanya sudah brlalu...apapun yg brlaku,aku tetap setia myokong skuad malaysia selamanye...moga nx time gelaran 'Harimau Malaya' akn ditukar kpada 'Harimau Malaysia'....baru ler semngat mgaum sang harimau bergema di asia..hahahahaha...semuanye kerana semangat 1 malaysia n doa semua rkyat MALAYSIA!
09 Disember 2012
'Cinta dari Syurga....'
20 Oktober 2012
17 September 2012
moga bertemu lagi.....
19 Ogos 2012
yeahhhhhh.....saya raikan raya Aidilfitri...
sayu...sentap
10 Ogos 2012
Sayang Sarawak,Malaysia Boleh!
06 Ogos 2012
tak sia2......
1)melawaskan kencing
selain kaya dengan serat,terung juga boleh dikisar dan diminum untuk melawaskan proses pembuangan air kencing.
2)mengawal tekanan darah tinggi
kandungan mineral fosfor dan kalsium yang terkandung di dalam terung berupaya mengawal tekanan darah agar berada dalam keadaan stabil.
3)menghalang kanser dan penyakit jantung
terung memiliki kandungan zat antioksidan yang dikenali sebagai monoterpene.zat ini dipercayai dapat membantu melindungi tubuh daripada serangan kanser dan penyakit jantung.
05 Ogos 2012
ramadhan ke-16...
(bagi aku,airmataku adalah ubat n penglipur lara dlm ape jua situasiku....menangis itu terapi n kelegaan buatku.....)
29 Julai 2012
macam2 hal.....
cuba tuk n takkan terpedaya dengan mainan manusia hiprokrit.....jauhi la aku dari dorang@jgn jadikn aku sebahagian dr dorang....
22 Julai 2012
21 Julai 2012
Ramadhan datang lagi....
14 Julai 2012
tiap wajah berkisah,tiap madah bererti....
semenjak layan drama 'Dejavu Di Kinabalu' yang bersiaran d TV3 setiap isnin hingga khamis,7pm - 8pm...aku jatuh cinta ngan lagu 'Suatu Masa' nyanyian Dato M.Nasir...tapi dlm drama tu,Aqasha yang nyanyikan...actually aku bukan minat sangat ngan drama ni,tapi aku terjatuh minat sejak tengok scene Aqasha nyanyikan lagu ni sambil petik gitar...perggghhhh,suara dia memang gemersik lemak merdu...
puas gak aku cari kat 'you tube',nak compare suara n versi sape yang best....hihihihi...ternyata versi Aqasha mnjadi pujaan......
suka ngan lirik lagu ni jugak...simple tapi penuh maksud yang tersirat! SUATU MASA.....
bagaimanakan kumula
dan apakah kata-kata
yang indah untuk diabadikan
tiap wajah berkisah
tiap madah bererti
manakah ilhamku.....
cahaya dimatamu
senyum dibibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
mungkinkah kau jua dalam kerinduan
di saat begini,aku merindukah....
berhelai-helai surat
terbiar di depanku
tak dapat aku utuskan
ku ramas semua
dan kubuangkan jauh......dari pandangan
lalu aku kesal
kukumpul semula
tak dapat kunyatakan apa yang ku rasa
jika engkau tahu di dalam hatiku
mungkinkah kau sahut jeritan batinku.....
dengarkanlah panggilanku
dengarkanlah lagu untukmu
angin lalu kau sampaikan
rasa rindu yang membara...kepadanya.....
warna-warna cintaku
kian pudar bersama
malam yang gelap gelita
entahkan kau rasakan
apa yang aku rasa
atau kau tak endah
tapi ku percaya
semua telah tertulis
dan niat suciku takkan disiakan
dan di SUATU MASA
di hari yang indah
kuhulur tanganku
lalu kau terima.......
(mood jiwang...jiwa kacau...hahahahaha...hari2 nk kene layan lagu ni x kira d bilik air,sebelum tdo...)
03 Julai 2012
maju selangkah....
02 Julai 2012
meniti hari2 bahagia....
![]() |
w azie di hari bahagia nye...moga brkekalan hingga ke akhir hayat.... |
27 Mei 2012
di mana nilai kasih sayang manusia.....
kadang2 terfikir,lebih senang bersahabat dgn kucing...pndai mngambil hati n bermanja di kala kita kresahan,mymbut mesra kepulangan kite d muka pintu rmh ketika kite stress....mnghiburkan hati dngan keletah mncuit hati d kala kite brsantai inginkn ketenangan d ruang tamu....
TETAPI.....tuk mjalani khidupan hari ni,esok n seterusnye,kite x boleh hnya brsahabat dgn kucing,perlu hadapi realiti manusia akhir zaman yg semakin merosot ketamadunannye....KERANA...walau apapun terjadi,kite kene brpijak d bumi yg nyata,kental mnhadapi smua dugaan n kekejaman yg mendatang......
PERSOALANNYE....bgaimana aku nk lepasi benteng penghalang ini...aku ingin maju ke depan tuk mgapai impianku........bahagiaku telah menanti sane.....?????????(mood:keliru,buntu.....)
23 Mei 2012
KAMI......d LCCT..
dari kiri:norly,alya,christina,jaz....
mereka.....norly,ziera,christina,jaz....
kakak n adik....kami adik-beradik tapi fizikal jauh berbeza....ya ampunnn...mgapa ini trjadi..hihihi
16 April 2012
luahan di pagi isnin 16/04/2012...
11 April 2012
bahang ABPBH masih terasa.....




29 Mac 2012
khamis 29/03/2012

kadang2 kita berdoa tuk kuat..
tapi, bnyk pula dugaan yg datang..
kadang2 kita minta tuk cerdik...
tapi, msalah pula yg brtandang...
kadang2kita minta kebahagiaan...
tetapi, huru-hara lak terjadi....
dugaan menjadikan mental kita kuat, msalah mnjadikan kita berfikir,
huru-hara mnjadikan kita tabah....
so,positif la trhadap sgala yg mndekati kita.....
26 Mac 2012
sabar.....

dan aku juga percaya bahawa....."jika kita x bersalah,suatu masa nanti kebenaran itu akan terbukti jua kerna doa org yg teraniaya itu makbul"
yakin pada kasih sayang Allah pada kita n percaya hanya 50% pada insan2 d sekeliling kita.....
18 Mac 2012
santai.....
#kuih ape yang kulitnye di dlm,isinye d luar?
kuih salah bikin
#binatang ape 'power karate'?
kuda belang(cube kire brape black belt dia ade...)
#saye ade 3 kepala,4 tgn n 5 kaki...siapakah saya?
pembohong
#apa dia,'jauh d mata,dekat d hati?'
usus
#ape perbezaan kain jemuran ngan telefon?
dua2 kalo dah 'kringggg' boleh diangkat..
#kenape pokok kelape kat depan rmh harus ditebang?
mesti ler kene tebang,sape nk cabut pokok kelape....GILE APE!
#gajah terbang dgn ape?
dengan susah payah....
17 Mac 2012
pintu sudah ditutup rapat....
12 Mac 2012
Aaron Aziz & antara 12 perkara menariknye!
sumber: gua.com.my
10 Mac 2012
tidur itu nikmat.....
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.
(info dikongsi dr;cikepal06.blogspot.com...tq!)
08 Mac 2012
hari wanita.....


29 Februari 2012
Potong Kuku.....Ikut Sunnah Nabi
Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.
Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Sila rujuk
(1) http://madani.16.forumer.com/a/sunnah-of-cutting-nails_post895.html
(2) http://www.hulchul.net/HC/lofiversion/index.php/t163687.html
(3) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-14897.html
(4) http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm
(5) http://nukilanlaila.blogspot.com/2005/10/adab-memotong-kuku.html
.
MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)
Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.
Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,
Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,
Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.
Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.
Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.
Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.
sumber: http://www.primbon.com
.